Sabtu, 23 Oktober 2010

Mencari Jalan Yang Pasti

Nokia aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku lihat name penghantarnya,lalu ku tersenyum. Hidup lagi dia ni rupenye,gumam ku.

Sayang,boleh abg buat satu permintaan?

Ape die?.
Haish ade saje la mamat ni...gumam ku dalam hati.

Abg tringin sgt nk g safari night kat zoo melaka 2.. Jauh x dr umah ayg?

Zoo Melaka?? dah dkt sgt ngn umah ayg...mmg dkat sgt? ala,nape x ckp dr dlu? ayg dah nk habis stdy kat cni,bru nk ajk g…hurm….bila nk g 2?

Memang aku dah lame belajar kat sini. Malahan negeri dah macam negeri aku pula. Kadang-kadang,bila orang bercakap tentang tempat di negeri ini,aku lebih bijak menunjuk arah dari rakan ku yang berasal dari sini.
Astagfirullah,aku dah riak. Ampunkan dosa hambamu ini Ya Allah.

Dalam hjg bln ni… blh?

Blh. T ayg riki2 kan mase n hrga tket ner. Abg nk g hr pe?

Sabtu lah. Blh?

Sabtu?? Hurm…cerebulum aku seperti sedang berkerja dengan cepatnya. Sementara dopamine aku macam dip roses dengan banyak. Aku rase,kalau aku cek tekanan darah aku mase ni,mesti aku punya tekanan darah tinggi. Kiraan nadi aku tinggi. Ahh,tak boleh jadi ni. Aku kna dapatkan kepastian dulu.

Means,abg akn overnite kat cni lah yer?
Sementara aku menunggu balasan mesej dia,aku dapat merasakan oksigen disalurkan kat otak aku dengan banyak. Kepala aku terasa besar jap.

Erm... Maybe…

OK.. t8 k.. keje elok2…t cepat nikah… as salam…

Sengaja aku tarik diri. Rasa nak menangis bila aku baca ayat SMS die yang paling last tadi. MYABE? Maybe yes ke? Maybe not? Kan die dah janji tak nak overnight kat sini lagi? Kan dia tahu? Kan dia dah janji? Kan dia..

Ahhh…bape banyak mau kan la…. Tapi,aku memang tak setuju dia nak overnight kat sini. Atau dia sengaja ke nak cipta alas an?huh!  mamat ni selalu la nak buat aku bingung.

Aku gelisah. Peristiwa hitam dahulu bermain-main difikiran ku. Mata ku macam LCD memutarkan semula apa yang berlaku.

Lantas ku tutup lappy ku yang dah panas macam nak meletup ni. Istighfar ku mendahukui perbuatanku. Lalu ku buka pintu bilikku perlahan-lahan,tidak mahu mengganggu rakan sebilikku yang sedang lena di ulit mimpi.

Entah ape yang dieorg mimpikan,ek. Kalau aku boleh masuk kacau-kacau mimpi dieorang jap ni,mcm best jer. Hehe…. 
Hati ku da start merapu. Aku tersenyum dalam gelap.

Terus kuhalakan langkah ku ke tandas. Aku beruntung kerana mendapat master-bed yang ade tandas sekali. Ku bersihkan diri ku ala kadar.

Usai aku menyempurnakna wudu’ ku,ku tutup  lampu bilik air. Masih takut jika rakan ku terganggu tidurnya. Kucapai telekung,lalu ku dirikan  Solat Sunat. Ini sahaja cara ku tika aku sedang dalam kebuntuan. Aku mengadu pada-Nya di sujud akhir ku. Meminta keampunan atas dosa-dosa ku yang lalu yang aku tak pasti samada aku layak untuk di ampun kan atau tidak. Lalu kuluahkan juga kegusaran hati ku.
Ya Allah,aku tak layak untuk menjadi tamu-Mu di syurga. Namun aku tak daya menghadapi siksaan mu di neraka. Jangan lah Engkau palingkan hati ku setelah kau berikan aku hidayah. Andai ini adalah dugaan Engkau,berikan aku kekuatan untuk menghadapi nya. Berilah aku pelindungan-MU dari menuju kejalan kesesatan.
Dalam sujudku,aku menagis teresak-esak. Mengingati dosa-dosa yang lampau,dan perkara yang mungkin akan berlaku.
Selesai solat dan berdoa, aku termenung kejap. Begitu banyak dugaan aku setelah aku mengambil keputusan untuk berhijrah. Namun tak sebesar dugaan pejuang-pejuang Islam di Palestin. aku mesti kuat. Aku mesti tekad untuk menghindari nya. Ya,pasti !

Peristiwa 6 bulan lepas bermain diminda ku
Aku merenung ke luar,melemparkan keluhan ku ke lautan.

“Maafkan abang sayang. Abang tahu abang salah. Abang tahu abang jahat,”

Aku diam,membatukan diri. Membiarkan dia menghabiskan kata-katanya yang ibarat skrip. Setiap kali kami terlanjur,itulah ayat yang dia meti ucapkan. Macam tape pulak. Boleh reverse dan playback. Aku sampai dah hafal dah ayat tu.
“Abang janji,ni kali terakhir. Tolong lah sayang. Maafkan abang. Abang janji tak kan buat lagi sampai kita nikah”

“Janji untuk kali yang ke berapa?”

Dia memang sengaja! Huh! Salah aku juga. Ada peraturan,tak nak ikot. Degil. Padan muka aku!
Huh!

Aku biarkan je perjalanan kami di temani sepi. Aku minta dia hantar aku pulang. Biarlah ape yang berlaku sampai disini.

Sampai je hostel aku,aku cepat-cepat nak keluar dari kereta. Tapi...

Aiseyh,asal mamat ni tak bukak lock pintu kereta ni? Sengaja lah tu

“Abang janji tak kan datang ke sini lagi. Kalau kita nak jumpa,jumpa kat kampung je,k?,”

“Up to you la. Awak jugak yang selalu sangat nak datang sini. Ade saya paksa awak datang? I’ll wait and see. How long did u can hold your promise,” 

Ahh,peduli ape aku dengan BI aku. Yang penting,aku mesti keluar dari tempat ni cepat.

“Ayang pergi. Drive elok-elok. Dah sampai bagi tahu. As salamualaikum,”

“Wa salam. Abang sayang ayang. Jaga diri,”

Satu kucupan hinggap di pipi aku. Hati ku berbaur. Suka ke? Benci ke? Nape rase macam nak nangis ni? Ish tak mau nangis lagi,sayang.

Aku buka pintu kereta dia,dan berjalan pergi. Tanpa menoleh ke belakang lagi. 

Sebabnya,empangan air mata aku dah pecah lagi temboknya masa tu. Tak dapat nak panggil maintenance pula.

Sampai je rumah,aku tutup pintu bilik ku. Semua rakan ku tiada di rumah. Bagusla,gumamku. Ku kunci pintu bilik ku, buka lappy ku dank u pasang lagu sekuat-kuatnya. Sengaja aku buat macam tu supaya tiada orang yang tahu aku tengah menagis masa tu.

Ya Allah. Hambamu ni lemah sangat. Terlalu lemah dengan tuntutan nafsu. Aku kecundang lagi. Aku mungkir lagi dengan janji aku kepada diri ku. ampuni aku YA Allah.

Aku tiada tempat untuk mengadu. Bagi aku,biarlah ia menjadi rahsiaku. Tak siapa yang mengenali aku sebenar-benarnya. Walaupun rakan karibku. Biarlah semuanya aku simpan menjadi rahsia hati ku. 
“Abang tahu kan benda ni salah. Abang tahu kan macam mana ayang bila ayang buat macam ni? Abang tahu kan? Perlu ke ayang repeat banyak kali sampai abang hafal? Perlu ke?”
Aku tarik nafasku dalam-dalam. Ku kendurkan suaraku

“Kalau abang rasa abang tak boleh tahan,kita nikah,abang. Jumpa mak ayah dan cakap kat mereka. Jangan belakangkan mereka. Ayang dah cakap banyak kali dah. Ayang pun tak pasti la abang sayangkan ayang sebab apa. Agama? Nafsu? Ilmu?”

Itulah kata-kata terakhir yang aku tinggalkan untuk dia. Untuk dia fikirkan.

Aku bersihkan diriku. Namun,aku masih merasakan yang aku terlalu kotor. Kotor dengan dosa-dosa yang tak terampun. Astaghfirullah.

Begitulah aku,hamba-Nya yang lalai. DIA tak penah lupa janji-Nya terhadap hamba-hamba-Nya. 
Namun aku yang selalu lupa janji-janji aku kepadanya.

HAmpir setiap malam aku menangis di dalam taubat ku. Namun,aku tak pasti sama ada dosaku ini akan diampunkan. Namun aku telah tekad,setekad-tekadnya,aku tak kan lalui jalan itu lagi. Biarlah dia nak tinggalkan aku kerana aku tak penuhi keinginan dia,atau dia nak buat apa sahaja. Aku redha. Aku yakin pertolongan Allah sentiasa ada untukku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku melabuhkan punggungku ke atas katil sambil tersenyum.

Yes! Alhamdulillah! Aku Berjaya. 
Hah,tulah. Macam tak boleh sabar. Awk ingat saya nak layan awak macam dulu. Hey dey,ini saya yang baru. Saya tak kan menyerah kalah macam tu jer,k?

Haha.. aku tergelak sorang bile teringatkan perbualan kami tadi.

“Maaf la abang, sabtu ni ayang tak boleh teman kan ayang. Warden akan bt roll call,tak boleh nak tipu lah. Warden baru ni gila sikit. Dia boleh tunggu kat depan hostel sampai sahur taw!”

“Lah,tak kan tak boleh kot. Hurm,abang da booking sabtu ayang,boleh?”

“Sayang,kan saya cakap tak boleh. Tak boleh la,”

“Baiklah,kalau macam tu,kita cancel trip nak pergi Safari Night! Abang datang ahad,”

Aku tersenyum dalam diam. Biar lah. Ade aku kesah? Jangan harap aku nak cakap “Ala….”
Huhu.. 
Mission to prevent ‘IT’ partially completed! Like!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan