Isnin, 25 Oktober 2010

Semakin banyak tinggi ilmu..

"Dik sorry x dpt nk ukur crowning adik la arini. Adik bledding dgn byk. So,x blh nk continue treatment.."

"Then,nk kna bt pe plak?"

"Nk kna bt crowning lengthening kat poliklinik P. Kat sni xde pakar perio,"

"Rujuk sane? Aiseyh,"

Ni la yg aku mls sgt ni klu kna bt rawatan kat kerajaan ni. Rujuk sane,rujuk sini. Tpi rwtn x hbis-hbis jugak. 3 thun beb aku bt rwtn,x hbes2.

Tba-tiba seorang wanita masuk dalam bilik rawatan itu. Staff kat situ kate,die ni doktor pakar. ye ker?

"Mcm mane? Blh bt?"

"Tak boleh la doktor,non-stop bleeding,"kate doktor yg merawat aku.

"Hurm,mmg kna rujuk lah ni. Maaf ye dik,kami terpaksa rujuk sane. Kat sane je ade doktor pakar. Boleh yer," kate doktor tu.

Aku bt mke tak mnerti je. Bkn utk minx simpati,tapi aku menyampah. Bosan la dgr.

"Doktor,nape tak gne ais untuk stopkan bleeding?" tanyaku setelah lame aku mendiamkan diri. Setelah entah berapa banyak krim untuk memberhentikan pendarahan lelangit ku digunakan. Setelah entah berapa banyak gauze yg di gunakan utk memberikan tekanan. Namun tetap tak berjaya.

"Ais? Nak btpe? Nk bekukan darah ke? Hehe.. Pandai adik ni buat lawak," jawab doktor yang merawat aku.

Aku kaget. Terdiam. Kehilangan kata-kata. Aku sedang bercakap dengan doktor ke ni? Mata ku mememandang wajah-wajah di sekeliling aku. Semuanya tersenyum seperti mengiyakan kata-kata doktor itu dan mengejek aku.

Malunya aku. Nasib baik la aku bt rawatan gigi. Maksudnye ada kaitan dengan mulut la. Kalau tak,mahu aku bertekak dgn doktor ni.

Setahu yang aku belajar la,ais digunakan untuk mengecutkan salurdarah disamping memberhentikan pengaliran darah keluar. Dalam pembedahan major seperti jantung,para doktor pakar menggunakan ais untuk memberhentikan degupan jantung buat sementara waktu. Begitu juga jika berlaku pendaran minor seperti luka terkena pisau dan kadang-kadang jika jerawat ku mengeluarkan darah yang bayak tak berhenti,aku akan menggunakan ais sebagai langkah terpantas untuk memberhentikan pengalirannya. ternyata ianya berhasil!

Bila aku dengar sahaja ayat doktor tadi dan senyuman jururawat-jururawat disitu,aku jadi malu. Malu bukan kerana di tertawa kan. Namun malu disebabkan kami di aliran yang sama iaitu perubatan,namun ilmu mereka terlalu tinggi sehingga terlupakan fakta remeh seperti ini. Aku sedar aku hanya seorang "anak gelandangan" yang baru hendak berjinak-jinak didunia medik,tapi aku rasa aku tak lah begitu naif seperti itu. Maaf ya kawan-kawan kerana aku menggunakan kata kasar seperti ini. Namun,bagi aku memmandang rendah tentang taraf ilmu seseorang itu adalah naif. Sekecil anak pun boleh memberitahu tentang sesuatu yang ibunya tidak ketahui sebelum itu.
Biarlah mereka dengan dunia mereka. Semoga ada sesuatu yang membuka hati mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan