Selasa, 2 November 2010

Mencari Jalan Yang Pasti 2

Biarlah orang kenali aku begini. Sebagai seorang budak biasa yang happy-go-lucky. Boleh gelak bila-bila masa. Aku bijak menyembunyikan perasaanku. Tika marah,sedih dan gembira,ekspresinya tetap sama-tersenyum. Hinggakan tutor ku pernah memarahiku disebabkan responku yang terlalu bersahaja di atas kegagalan ku dalam final examku. Ceh,ayat nak sastera la plak.

Berkenalan dengan dia bukan mimpiku. Tika aku baru berpindah di tempat baru,aku keseorangan. Aku tiada kawan. Nasib baiklah tempat baru tu kampung aku. Ade sepupu aku yang tinggal sekampung yang selalu dengan ku. duniaku masa tu hanya rumah dan tempat kerja ku.

Menceritakan awal perkenalan kami bukanlah rumit. Hanya cerita biasa-biasa yang sama macam dalam drama atau filem-filem. Kami bertukar-tukar nombor ketika dia berkunjung ke tempat tinggalku. Itu sahaja. Ringkas!

Dialah satu-satunya rakan ku dibandar tu. Kawan? Ye,pada mulanya sekadar kawan kerana aku masih lagi dengan tabiat aku mengumpul toyboy yang aku tak tahu dari mana mereka dapat nombor hp aku. Toyboy tu ape? Macam skandal la. Tapi tak pernah jumpa,Cuma sekadar berbermesej sahaja. Dan padaku,aku belum berfikir nak bercinta secara serius.
Namun aku tak sedar bila aku mula jatuh hati padanya dan kenapa,dimana,bagaimana ia berlaku pun aku tak dapat nk terangkan. Ah,orang kata cinta tak perlukan itu semua. Ye ker?

Sampailah satu masa,setelah lebih kurang 3 bulan kiteorang kenal. 3 bulan? Ye 3 bulan jer. Kiteorang tengah lepak-lepak lepas penat jadi guard tak bertauliah kat mall Bandar tu. Tempat lepak pula nak best. Kat tepi tasik. Tengah duk lepas penat,tiba-tiba jer aku rasa ada orang kiss pipi aku.

Aku pun pandang lah dia. Dok tenung dia tajam-tajam punya. Dia pun cakap,”Sorry wak,saya sayang awak sangat,”. Ieh mamat ni. Suka hati die je nk kiss pipi aku.

“Awak tahu tak takde orang len yang pernah cium sy even kat pipi. Cume kawan pompuan sy n ahli keluarga saya. Awak tahu tak ape hukumnya buat mcm ni?,” sembur aku. Amik la kau! Sape suruh suka-suka hati jer nak cium pipi anak dara orang.

“Maaf awak. Saya hantar awak balik sekarang ae.” Kata dia. Cuba nak mengubah topic.

“Hah,bagus sangat lah tu,” kataku. Lagi cepat balik,lagi bagus. Angin aku dah naik sampai ke kepala ni. Sebelum aku meledak,ade baiknya dia hantar aku balik.

Sampai jerk at rumah,aku terus capai phone nokia aku yang entah model ape masa tu (yelah da berapa kali tukar phone,dah lupe dah). Jariku kalut menaip mesej.

Awak,knp awk bt mc 2 kat sy?
Ap sbnarnye perasaan awk kat sy?
Awk yakin ke dgn persaan 2?
Awk yakin ke dgn ape y gawk bt 2 adlh betul?
Dan siapakah sy pd awk stlh awk bt mcm ni kat sy?


Family aku bukanlah family yang ‘menghalalkan’ pergaulan bebas. Nak keluar dengan mamat ni pun bukanlah satu perkara yang senang. Semakin ketat peraturan dalam rumahku,semakin berken=mbang lah otakku untuk memikirkan strategi meloloskan diri dari rumah. Menipu?bukan perkara susah lagi bagiku. Nampak pakaian memangla sopan. Namun tak seindah kelakuan. Huh. Itulah aku di usia mudaku. Bayak melakukan perkara mengikut kata hatiku yang persis gangster. Aku akui,kebodohan usia remajaku banyak merosakkan aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan